top of page

RANCANGAN STRUKTUR NEGERI MELAKA 2035(KAJIAN SEMULA)

Penyediaan Rancangan Struktur Negeri Melaka 2035 (Kajian Semula) adalah berdasarkan Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) dan Pindaan Akta 2001 (Akta A1129). RSN Melaka 2035 (Kajian Semula) ini akan menjadi instrumen untuk memandu dan mengawal pembangunan fizikal di seluruh Negeri Melaka sehingga tahun 2035. RSN Melaka 2035 (Kajian Semula) merupakan sebahagian daripada sistem Rancangan Pemajuan di Semenanjung Malaysia yang menterjemahkan dasar-dasar perancangan yang digubal di peringkat negara iaitu Rancangan Fizikal Negara (RFN) ke dalam perancangan fizikal di peringkat negeri. Sehubungan itu, penyediaan RSN Melaka 2035 (Kajian Semula) ini akan dapat menyelaraskan pembangunan Negeri Melaka dengan pembangunan negara amnya dan pembangunan negeri-negeri berjiran khasnya. RSN Melaka 2035 (Kajian Semula) ini juga bertindak sebagai Rancangan Pembangunan Negeri yang menyediakan rangka kerja perancangan dan halatuju pembangunan jangka panjang. Laporan yang dilaksanakan ini melibatkan 3 orang pensyarah sebagai penyelaras projek dan seramai 32 orang pelajar Semester 05 Sesi September 2019 – Januari 2020.

bottom of page